Pengenalan

Anyaman merupakan satu seni kerajinan yang dimiliki masyarakat Melayu. Ia melibatkan proses menyilangkan bahan-bahan asli daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan sebagai barangan seharian. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Anyaman merupakan seni kraf sejagat Melayu wujud sejak 300 ratus tahun yang lampau. Hasil rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu menyumbang kepada hasil rimba ini memaparkan barangan harian, hiasan dan hadiah.

Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Melayu menghasilkan kraftangan anyaman terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang, bekas serbaguna, dinding rumah dan barangan hadiah dan cenderamata.

Kepelbagaian penghasilan produk ini memaparkan keadaan sebenar keunikan seni kraftangan Melayu yang dianggap seni kraf yang unik di rantau Asia.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s